SMK Merbau terima sumbangan peralatan digital, sokong aspirasi MADANI

MIRI – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau menerima dua unit Interactive Smart Board dan sebuah projektor multimedia hasil sumbangan Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man menerusi inisiatif Projek Mesra Rakyat Parlimen Miri.

Sumbangan tersebut merupakan langkah memperkasa infrastruktur pendidikan digital di Miri seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk melahirkan generasi celik teknologi yang mampu bersaing dalam era digital masa kini.

“Peralatan ini lengkap dengan sistem Android dan Windows serta paparan 4K UHD, membolehkan pendekatan pengajaran yang lebih interaktif dan berkesan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan, semalam.

Beliau turut menekankan pentingnya akses pendidikan berkualiti yang saksama kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau lokasi.

“Anak-anak kita baik di bandar mahupun luar bandar berhak menikmati kemudahan pendidikan yang setanding bagi membolehkan mereka bersaing di peringkat global,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau mengakui kekangan peruntukan menjadi cabaran utama dalam memperluas sumbangan seumpamanya ke lebih banyak sekolah.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar kerajaan merangka pelan jangka panjang bagi memperkukuh pendigitalan pendidikan, khususnya di kawasan luar bandar.

“Pendidikan digital kini merupakan keperluan asas. Jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar perlu ditangani segera bagi menjamin keadilan dalam akses ilmu,” tegasnya.

Tambahnya lagi, beliau komited membawa isu ini ke Parlimen agar pendigitalan pendidikan dijadikan agenda utama nasional.

Antara cadangan yang bakal diketengahkan ialah penyediaan bilik darjah pintar, capaian internet berkelajuan tinggi, latihan pedagogi digital kepada guru serta penyelarasan kandungan digital mengikut kurikulum kebangsaan.

Beliau optimis dengan kerjasama semua pihak dan perancangan menyeluruh, Malaysia mampu membina sistem pendidikan MADANI yang inklusif, progresif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Related Posts

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

TAWAU – Pemerolehan dua kren dermaga (quay crane) baharu yang bernilai RM70 juta untuk Pelabuhan Tawau dilihat sebagai langkah strategik bagi mempertingkat infrastruktur pelabuhan negeri sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

TAWAU – Perolehan dua unit kren dermaga (quay crane) baharu bernilai RM70 juta dijangka meningkatkan kecekapan operasi pengendalian kargo di Pelabuhan Tawau. Penerimaan kren terbabit, sekali gus mengurangkan kesesakan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13