Rusia sahabat setia Malaysia – PM Anwar

MALAYSIA dan Rusia terus komited dalam melaksanakan pelbagai projek strategik antara kedua-dua negara, termasuk kerjasama dalam bidang teknologi makanan, tenaga nuklear dan pertahanan.

“Kami akan memastikan bahawa kerjasama itu meliputi semua bidang,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Kremlin pada Rabu.

Anwar menyatakan komitmen bahawa Rusia akan terus menjadi rakan akrab Malaysia, dengan hubungan diplomatik yang telah wujud sejak tahun 1967.

“Sudah banyak perbincangan dan memorandum persefahaman (diadakan), jadi telah sampai masanya kerjasama itu direalisasikan secepat mungkin,” ujar beliau yang mengetuai delegasi Malaysia ke Rusia dari 13 hingga 16 Mei.

Menurut Anwar, pertemuan bersama Putin amat penting, susulan perbincangan mendalam telah diadakan bersama pemimpin industri dan komuniti perniagaan mengenai pelaburan dalam bidang digital, peralihan tenaga, teknologi makanan, tenaga nuklear dan pertahanan.

Dalam pertemuan itu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Putin atas penghormatan serta peluang untuk berbincang secara langsung mengenai isu-isu penting, demi memperkukuh hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

“Kita berbincang dengan panjang lebar (dan) anda telah memberikan kami keistimewaan dan penghormatan yang jarang berlaku. Rusia adalah sebuah negara yang hebat dan sangat penting yang memberikan kami penghargaan sedemikian.

“Dan delegasi saya, sudah tentu, amat menghargainya,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai isu penting telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut dan menyifatkannya sebagai amat bermanfaat.

“Kami berharapkan kejayaan dalam mesyuarat dan perbincangan dalam tempoh beberapa hari yang akan datang ini,” katanya.

Related Posts

Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat

KUALA LUMPUR – Dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji menuntut suatu reformasi institusi yang mendasar bagi memastikan kelemahan pengurusan, tata kelola dan kewangan yang berlaku tidak berulang lagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak benar Tabung Haji jual aset pada golongan bukan Islam atau pihak dari China

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyangkal dakwaan bahawa aset milik Tabung Haji (TH) dijual kepada golongan bukan Islam atau kepentingan dari China sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan semula institusi berkenaan. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat

Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat

Gua Monsud berpotensi jadi tarikan eko-pelancongan baharu Pulau Banggi

Gua Monsud berpotensi jadi tarikan eko-pelancongan baharu Pulau Banggi

Tidak benar Tabung Haji jual aset pada golongan bukan Islam atau pihak dari China

Tidak benar Tabung Haji jual aset pada golongan bukan Islam atau pihak dari China

Sasar pengiktirafan global, AKYBMS tekad calonkan Hikayat Panglima Nikosa ke UNESCO

Sasar pengiktirafan global, AKYBMS tekad calonkan Hikayat Panglima Nikosa ke UNESCO

Exco Perlis letak jawatan AJK Bersatu Arau serta-merta

Exco Perlis letak jawatan AJK Bersatu Arau serta-merta

‘Nak bahas saya atau Tabung Haji’ – Anwar persoal tindakan pembangkang

‘Nak bahas saya atau Tabung Haji’ – Anwar persoal tindakan pembangkang