Polis bongkar pusat panggilan tawarkan hadiah palsu

BUKIT MERTAJAM – Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pusat panggilan (calling centre) didalangi warga asing yang menjalankan aktiviti penipuan jual beli dengan menawarkan tawaran hadiah palsu ketika mengadakan serbuan di sebuah kondominium di Alma, di sini, semalam.

Dalam serbuan itu, polis menahan enam suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta dua lagi adalah warga asing yang dipercayai dalang sindiket terbabit yang kesemua mereka berusia lingkungan 18 hingga 38 tahun.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad, berkata serbuan dijalankan bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersil Kontinjen Pulau Pinang.

“Hasil soal siasat terhadap empat suspek warga tempatan mendapati mereka mengaku bekerja sebagai operator pusat panggilan itu sejak seminggu lalu dengan gaji RM2,600 sebulan dan mengesahkan dua warga asing yang ditahan adalah majikan mereka.

“Sindiket ini beroperasi menggunakan aplikasi Telegram yang mana operator akan menerima maklumat mangsa daripada kumpulan telegram ‘Malay Telegroup 875’ dan seterusnya menghubungi mangsa untuk menawarkan hadiah.

“Mereka akan meminta mangsa membuat pengesahan butiran peribadi yang kemudian dihantar kepada pihak ketiga dipercayai dikendalikan oleh seorang pentadbir Telegram yang disyaki beroperasi di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, sindiket didalangi warga asing itu menyasarkan warga Malaysia yang mangsa terdiri daripada mereka yang berbangsa Melayu.

“Semakan terhadap pasport milik dua tangkapan warga asing itu mendapati mereka masuk ke negara ini sejak 1 Mei lalu menggunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata, turut dirampas empat unit monitor, lapan unit telefon bimbit, tiga unit modem wifi, empat unit papan kekunci dan tetikus serta wang tunai berjumlah RM5,000.

“Kesemua suspek direman selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Mei ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan panggilan telefon atau pesanan ringkas daripada individu tidak dikenali bagi mengelak kerugian harta dan wang ringgit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun