Himpunan PSB: Ayuh lebih ‘jantan’ berhujah secara bersemuka – Nash Nahar

PEMUDA Amanah mengingatkan Pemuda Pas mengenai jemputan debat berhubung isu Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dibuat lebih seminggu lalu, yang masih belum dijawab.

Pengarah Biro Strategi Pemuda Amanah, Nash Nahar mengulangi jemputan debat itu dengan berkata ia bertujuan memberi ruang kepada semua pihak untuk membentangkan hujah, fakta dan data secara beradab dan bertanggungjawab berhubung isu berkenaan demi manfaat rakyat.

“Kita tidak menafikan hak mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman. Namun, adalah lebih matang dan ‘jantan’ untuk berhujah secara bersemuka, bukan sekadar mencipta ketakutan dalam kalangan rakyat tanpa sebarang penyelesaian atau alternatif yang jelas.

“Amanah percaya rakyat berhak mendapat penjelasan menyeluruh, bukan retorik kosong atau momokan politik. Maka kami alu-alukan kehadiran wakil Pemuda Pas dalam debat ini, yang akan kami uruskan secara telus dan profesional.

“Akhiri politik ketakutan, mulakan politik nilai,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden pada 3 Mei lalu mengumumkan akan mengadakan himpunan aman bagi membantah cadangan RUU PSB pada 14 Jun di sekitar kawasan Lembah Klang.

Afnan Hamimi berkata, semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mahasiswa diharap dapat turut serta dalam himpunan berkenaan bagi menyatakan pendirian menolak RUU tersebut.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai