MCMC perkenal projek hantar ubat guna dron

TAWAU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) memperkenalkan teknologi dron bagi penghantaran ubat ke luar bandar dan kawasan pedalaman dari klinik kesihatan ke NADI terpilih.

Menurut kenyataan media MCMC, projek perintis ini dilaksanakan bersama Kementerian Kesihatan selaku rakan utama dan rakan-rakan strategik seperti MRANTI serta penyedia teknologi dron tempatan.

“Inisiatif ini merupakan projek perintis bagi membuktikan keberkesanan kaedah penghantaran ubat di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman dari klinik kesihatan ke NADI terpilih bagi mempercepatkan akses ubat kepada komuniti di kawasan sukar dihubungi termasuk kawasan pulau, pedalaman dan lokasi yang tidak mempunyai keadaan jalan yang baik.

“Pelaksanaan fasa pertama penghantaran ubat-ubatan menggunakan dron dijangka akan dilaksanakan pada suku keempat 2025 di dua buah NADI termasuk NADI di Tawau seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa kunjungan beliau ke reruai NADI.

“Sebelum diperluaskan ke 150 buah NADI pada 2026 dan seterusnya menyempurnakan keseluruhan 392 buah NADI menjelang tahun 2027.

“Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 1,099 buah NADI di seluruh negara,” kata MCMC di sini pada Ahad.

Sehubungan itu, projek ini dapat meningkatkan akses kesihatan luar bandar melalui teknologi 5G dan AI.

“Melalui kerjasama antara pelbagai agensi, projek ini turut menyokong agenda pengembangan inisiatif kerajaan sedia ada.

“Ianya menumpukan kepada akses perkhidmatan kesihatan masa hadapan yang lebih berkualiti dan saksama kepada komuniti luar bandar melalui teknologi, seiring dengan perkembangan dan ketersediaan teknologi 5G dan kecerdasan buatan (AI),” ujarnya.

Dalam pada itu, selain pameran dron, reruai NADI juga menampilkan pelbagai aktiviti Perkhidmatan Pintar NADI melalui lima teras utama iaitu keusahawanan, kesihatan, pembelajaran sepanjang hayat, kesedaran IT dan perkhidmatan kerajaan.

Related Posts

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Negara Islam perlu bersatu tangani konflik Asia Barat – Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara Islam perlu memperkukuh perpaduan dan memainkan peranan lebih aktif dalam usaha menghentikan konflik serta keganasan berpanjangan di Asia Barat. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya