Sultan Nazrin perkenan 81 belia di Perak baca khutbah Jumaat

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, memberi perkenan kepada 81 belia di negeri ini untuk membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah, hari ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, ia bersempena sambutan Hari Belia Negara yang bakal disambut pada 15 Mei nanti.

Selain itu, ujarnya, bertujuan bagi mengiktiraf dan memperakui peranan penting belia kepada negara.

Jelasnya, kesemua nama pemimpin belia terbabit telah dikemukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perak untuk mendapat sembah perkenan Sultan Nazrin bagi membaca khutbah Jumaat.

Sehubungan itu, pentadbiran masjid dinasihatkan mematuhi titah berkenaan dan tindakan sewajarnya boleh diambil sekiranya ada yang ingkar.

“Sultan Nazrin telah memperkenankan agar 81 orang pemimpin belia dibenarkan menjadi khatib jemputan untuk membacakan khutbah Jumaat di masjid semua daerah.

“Khutbah yang akan dibacakan hari ini bertajuk ‘Belia berkeyakinan: Memenuhi wawasan dunia akhirat’.

“Ada dalam kalangan belia ini ramai dalam kalangan mereka adalah hafiz termasuk ada yang lepas an Universiti Al-Azhar serta keluaran daripada universiti-universiti pengajian Islam dan sebagainya.

“Maka, masjid sepatutnya gembira melihat lebih ramai anak muda tampil ke hadapan, berada di barisan hadapan dalam kepimpinan masjid,” katanya pada sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan, dekat sini.

Antara masjid yang terlibat adalah Masjid Jamek Idris Shah, Kampung Sungai Rokam; Masjid al-Abidin, Kampung Pasir Putih; Masjid al-Mutaqin, Kampar; Masjid Klian Intan, Pengkalan Hulu dan Masjid al-Falahiah, Kampung Jaya Setia, Sungai Siput.

Tambah Mohd Annuar, tujuan utama Sultan Nazrin memberi perkenan supaya lebih ramai rakyat berpeluang membacakan khutbah Jumaat bagi mendemokrasikan institusi masjid supaya tidak dilihat eksklusif kepada imam tetap yang dilantik sahaja.

Selain itu, ujarnya, bagi menyemai serta menggalakkan bakat dalam kalangan golongan yang terbabit untuk berupaya naik ke mimbar dalam menyampaikan khutbah yang khusus berkaitan dengan subjek kepakaran.

Pada tahun lalu, Sultan Nazrin telah memberi perkenan kepada 70 pemimpin belia membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan