Ibu tiga anak hadapi 28 pertuduhan tipu ejen pembekal pita pelekat

SEBERANG PERAI – Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 28 pertuduhan menipu seorang ejen pembekal pita pelekat untuk menyerahkan komisen berjumlah RM172,985.

Tertuduh, A. Puvanesvari, 51, walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Berdasarkan pertuduhan, ibu kepada tiga anak itu didakwa telah memperdayakan seorang lelaki yang juga ejen kepada sebuah syarikat pembekal pita pelekat kononnya wujud projek pembekalan barangan tersebut sekali gus mendorongnya menyerahkan wang komisen antara RM1,000 hingga RM19,500.

Wang terbabit diserahkan ejen menerusi 28 transaksi ke empat akaun bank berbeza yang dikawal oleh tertuduh antara 26 April hingga 24 Jun tahun lalu di sebuah apartmen di Jalan Bagan Jermal di sini.

Pendakwaan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Marissa Safina Saiful Adli menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Teh See Khoon memohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya yang kini menganggur memiliki tiga orang anak berumur 13 hingga 19 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM28,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Jun depan.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar