Kerjasama i-CATS, pemain industri dan TVET perkukuh usaha pendidikan percuma Sarawak menjelang 2026

KUCHING – Langkah Kolej Universiti i-CATS menjalinkan kerjasama dengan 15 pemain industri dan 22 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) disifatkan sebagai pemangkin penting ke arah merealisasikan inisiatif pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi milik Sarawak menjelang 2026.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata, usaha ini membuka laluan kepada pelajar-pelajar dari institusi TVET seperti Politeknik, kolej vokasional dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah di i-CATS.

“Pendidikan percuma ini hanya akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sekiranya laluan ke peringkat ijazah disusun dengan baik.

“Justeru, saya meminta Universiti Teknologi Sarawak (UTS) untuk menganjurkan bengkel bersama semua universiti di Sarawak bagi membincangkan kesinambungan laluan akademik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Surat Hasrat (LoI) antara i-CATS UC bersama institusi TVET dan industry pada Rabu.

Menurut beliau, TVET bukan lagi sekadar pilihan, tetapi keperluan penting dalam melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi keperluan industri semasa dan masa depan.

Tambah beliau, penubuhan Fakulti Aeroangkasa dan Fakulti Peralihan Tenaga di i-CATS UC bakal melonjak Sarawak sebagai peneraju dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan teknologi penerbangan di rantau ini.

“Inisiatif seperti Air Borneo akan memperkukuh sambungan udara serta mengukuhkan peranan Sarawak sebagai hab logistik dan aeroangkasa serantau,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan semua universiti milik wilayah harus mencontohi langkah i-CATS dalam memperluas kerjasama bersama pemain industri agar landskap pendidikan Sarawak kekal mampan dan berpandukan visi Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Dr Annuar turut memaklumkan Sarawak sedang giat memperjuangkan hak autonomi pendidikan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita akan terus menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran tanpa mengganggu sistem pendidikan sedia ada. Ini adalah hak wilayah yang sah dan kita sedang mencapai kemajuan dalam rundingan dengan Kerajaan Persekutuan,” tegasnya.

Turut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang; ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor; ADUN Beting Maro, Razaili Gapor; Setiausaha Tetap MEITD, Adana Jed; Naib Canselor i-CATS UC, Datuk Ts Dr Mohamad Kadim Suaidi serta tetamu kehormat lain.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak