Denda RM1,000 jika guna kenderaan mikromobiliti di jalan awam

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu menggunakan kenderaan mikromobiliti di jalan awam.

Timbalan Pengarahnya, Khairul Aswad Abdul Halim berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai satu video tular berdurasi 18 saat memaparkan tiga individu dipercayai menaiki kenderaan jenis itu.

“JPJ ingin menegaskan perbuatan itu melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi pengguna jalan raya yang lain.

“Menurut peruntukan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), mana-mana individu menggunakan kenderaan tidak dibenarkan di atas jalan awam, boleh disabitkan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Khairul Aswad memaklumkan, sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya.

Beliau berkata, penggunaan kenderaan mikromobiliti di jalan raya adalah dilarang, termasuk e-skuter, hoverboard, monowheel, segway serta basikal elektrik tanpa kelulusan, berdasarkan Perintah Larangan Kenderaan (Penggunaan Jalan) (Pindaan) 2021 yang diwartakan dan berkuat kuasa pada 17 Disember 2021.

“Kenderaan mikromobiliti hanya dibenar digunakan di kawasan yang dikhaskan seperti taman rekreasi, laluan khas atau kawasan persendirian, dan bukan di atas jalan awam.

“JPJ memandang serius kesalahan ini, dan orang awam disarankan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta tidak menggunakan kenderaan yang dilarang bagi menjamin keselamatan diri dan orang lain,” katanya.

Related Posts

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak sasar hampir 49,000 pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang 2030

MIRI– Sarawak menyasarkan pewujudan antara 39,000 hingga 48,750 peluang pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang tahun 2030 bagi memenuhi keperluan industri teknologi yang semakin berkembang. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ