Seruan penyatuan UMNO, Pas dan Bersatu, pengaruh PN Terengganu kian lemah?

TULAR kenyataan Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang juga ADUN Kijal, Datuk Razali Idris yang menyebut UMNO, Pas dan Bersatu harus duduk semeja untuk menyelamatkan agama, bangsa dan tanah air.

Kenyataan yang ditulis di dalam laman sosial Facebook peribadi beliau itu menimbulkan lebih banyak tanda tanya dan juga kesangsian sebenarnya.

“Mase PRN Terengganu 2023 dulu sek-sek Bersatu nge Pas mende tok tibang ke UMNO masa kempen, tubik huduh-huduh blake, lening nok ajok UMNO mari bincang, pelik ning.”

Kesangsian timbul daripada kenyataan Exco Terengganu ini menjadi semakin menebal kerana sebelum ini kempen kebencian yang cukup melampau digunakan oleh PN melalui Pas dan Bersatu di negeri Terengganu terhadap BN dan PH sehingga ke tahap kafir-mengkafir.

“Sek Pas siap tuduh sek PKR UMNO kapir boh, pastu lening ajok baik nge UMNO pulok, doh guane balik air gitu pulok?”

Kenyataan-kenyataan memujuk UMNO daripada Bersatu dan Pas semakin kedengaran lebih-lebih lagi selepas kemenangan besar BN di Air Kuning.

Dalam konteks Terengganu, adakah sokongan kepada Pas dan Bersatu semakin surut di negeri penyu ini, hingga menyebabkan Exco Terengganu mengeluarkan kenyataan tersebut?

“32-0 doh Pas tibang UMNO boh, kalu kire Pas, Pas Bersatu kuat doh lah, doh bakpe tiba-tiba ajok UMNO baik pulok, kuat doh kan, tok soh care ar ke UMNO okk, kalu kuat mesti menang pulok PRU depan lawan UMNO, dok gitu?”

Related Posts

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

KERAJAAN Negeri Terengganu wajar diberikan kredit apabila baki hutang awam negeri berjaya dikurangkan dengan ketara. Namun, apabila angka itu digunakan sebagai bukti bahawa hampir RM800 juta hutang berjaya “dilunaskan” semata-mata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa erti kemerdekaan belum sempurna selagi undang-undang ‘warisan penjajah’ yang didakwa menyekat pelaksanaan Islam tidak dihapuskan. Naratif itu kuat kerana menggabungkan tiga perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude