Permohonan gantung sementara pelantikan kehakiman difailkan

KUALA LUMPUR — Proses pelantikan kehakiman negara sekali lagi menjadi tumpuan selepas satu cabaran undang-undang difailkan di Mahkamah Tinggi semalam, dengan plaintif memohon perintah sementara bagi menggantung pelantikan hakim yang dibuat di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta SPK).

Permohonan itu difailkan menerusi saman pemula bernombor WA-24-65-04/2025 oleh plaintif, Syed Amir Syakib Arsalan Syed Ibrahim, yang turut mempersoalkan keserasian Akta SPK dengan Perkara 4, 121 dan 122B Perlembagaan Persekutuan.

Dalam afidavit sokongannya, Syed Amir Syakib berhujah bahawa pelantikan kehakiman yang diteruskan melalui mekanisme yang sedang dicabar dari segi perlembagaan boleh menjejaskan keputusan kes dan menimbulkan ketidakpastian undang-undang.

Bagaimanapun, plaintif tidak memohon supaya semua pelantikan kehakiman dihentikan. Sebaliknya, beliau hanya memohon agar pelantikan yang hanya dibuat menerusi proses di bawah Akta SPK ditangguhkan sehingga mahkamah memutuskan sama ada kerangka undang-undang itu selaras dengan Perlembagaan.

Permohonan itu turut menegaskan bahawa kuasa Perdana Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan hakim mengikut Perkara 122B(1) masih kekal dan boleh dilaksanakan tanpa tertakluk kepada syor Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK).

Menurut afidavit berkenaan, langkah ini bertujuan mengekalkan status quo perlembagaan dan mengelakkan implikasi yang tidak dapat dipulihkan sekiranya pelantikan dilakukan melalui proses yang kesahihannya masih dalam pertikaian.

Permohonan itu juga menekankan bahawa pelantikan kehakiman perlu diyakini umum dan menepati kerangka perlembagaan.

Setakat ini, Mahkamah Tinggi belum menetapkan tarikh pendengaran permohonan interim berkenaan.

Related Posts

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempercepat penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang bagi menambah baik aspek kemudahan dan kawal selia sektor berkenaan selaras dengan perkembangan pesat perniagaan digital. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan membentangkan pindaan Akta Perkhidmatan Pos bagi memperkukuh aspek keselamatan dalam industri kurier, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata, pindaan berkenaan dijangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu