Pengamal perubatan am harus tampil jawab isu ketelusan harga ubat

PUTRAJAYA – Pengamal perubatan am (GP) disaran tampil secara kolektif dengan satu kertas pendirian berasaskan data, kajian dan amalan terbaik antarabangsa bagi menjawab isu ketelusan harga ubat.

Exco Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga (MACFEA), Professor Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, pendekatan itu bukan sahaja akan memperkukuh kedudukan GP dalam wacana dasar kesihatan negara, malah meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem perubatan swasta di Malaysia.

Menurutnya, reaksi GP yang gagal memberikan justifikasi kukuh dan bersifat ilmiah amatlah mengecewakan serta tidak mencerminkan tahap profesionalisme yang sepatutnya dimiliki oleh golongan berkelayakan tinggi.

“Sebagai barisan hadapan dalam sistem penjagaan kesihatan negara, GP seharusnya menjawab isu sebegini dengan pendekatan berdasarkan fakta, kajian, dan penjelasan saintifik.

“Sebarang kebimbangan mengenai implikasi pendedahan harga ubat, seperti kesan kepada model perniagaan klinik swasta, variasi kos logistik dan perolehan, serta perbezaan formulasi ubat harus disampaikan secara telus,

“Pada masa sama, ia perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab, dan dapat meyakinkan pihak kementerian serta rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataaan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Nuradli Ridzwan yang juga Bendahari Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) berkata, ketelusan dalam kos kesihatan adalah satu aspek penting dalam memastikan keadilan kepada pengguna.

Katanya, kegagalan memberikan jawapan yang berasas hanya akan menimbulkan persepsi bahawa ada sesuatu yang ingin disembunyikan, sekali gus menjejaskan keyakinan awam terhadap profesion perubatan.

“MACFEA menyokong sepenuhnya usaha murni kerajaan yang berusaha untuk meningkatkan ketelusan harga dalam sektor perubatan swasta, selaras dengan prinsip yang menekankan kebertanggungjawaban, integriti dan keadilan sosial.

“Langkah ke arah memaparkan harga ubat bukan sahaja membantu pengguna membuat pilihan lebih bermaklumat, tetapi mengurangkan risiko manipulasi harga dan ketidaktelusan dalam kos rawatan. Kami percaya bahawa pengamal perubatan profesional mampu tampil dengan hujah bernas dan beretika.

“Bukan hanya untuk mempertahankan kepentingan komuniti perubatan swasta sahaja, tetapi yang lebih penting, demi kesejahteraan dan hak pengguna seluruh negara,” katanya.

Terdahulu, semua jenis ubat yang dijual atau dibekalkan di farmasi komuniti serta fasiliti kesihatan swasta diwajibkan mempunyai penandaan harga bermula 1 Mei 2025.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali menyatakan bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan Mekanisme Ketelusan Harga Ubat (MKHU).

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017