Inisiatif Makkah Route bukti pengiktirafan Arab Saudi kepada Malaysia, Tabung Haji

PEMILIHAN Malaysia oleh Arab Saudi bagi pelaksanaan Makkah Route adalah kerana tahap disiplin tinggi dalam kalangan jemaah haji dan keyakinan terhadap kecekapan pengurusan operasi Tabung Haji menjadi faktor utama.

Menerusi hantaran di Facebook, Ezreen Muhaizie Marzukhi berkongsi, Malaysia dipilih sebagai negara pertama yang mendapat kelebihan serahan kad nusuk haji setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kad nusuk haji ini dokumen paling penting ketika urusan haji.

“Semua ini hasil daripada rekod baik pengurusan TH dalam mengurus jemaah selama berpuluh-puluh tahun.

“Sebab itu penting untuk rakyat Malaysia yang nak mengerjakan haji supaya mengikut saluran yang betul dengan visa yang sah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kaedah Makkah Route ini memudahkan para jemaah haji mendapatkan cop daripada imigresen Arab Saudi di KLIA dan menaiki bas setibanya di Jeddah atau Madinah.

Lebih memudahkan lagi, TH menyediakan perkhidmatan penghantaran beg terus di hadapan pintu bilik hotel para jemaah.

Untuk rekod, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang diberi kepercayaan oleh Arab Saudi untuk melaksanakan Makkah Route melalui program rintis pada 2017.

Ia kemudian diteruskan dengan pelaksanaan program penuh pada 2018, 2019, 2022, 2023, 2025 dan tahun ini.

Beliau berkata, tahun ini juga, Arab Saudi turut mengetatkan kawalan masuk jemaah haji dan situasi di Haramain baru-baru ini di mana suasana Makkah agak lengang.

“Ini kerana usaha ‘pembersihan’ sedang giat dijalankan, kerana jemaah haji akan mula masuk berjuta-juta.

“Semua ini dilakukan demi keselamatan dan keselesaan jemaah haji yang mempunyai visa sah dari seluruh dunia.

“KT01 dari Malaysia pun sudah berlepas harini (29 April).

“Sama-sama kita doakan agar semua jemaah haji seluruh dunia mendapat haji yang mabrur, Insya-Allah,” ujar.

Related Posts

Jentera kempen PN kurang menyengat tidak seperti PH, BN bersemangat

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) dilihat memulakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan momentum paling positif apabila berjaya menghimpunkan kehadiran penyokong yang ramai pada hari penamaan calon. Suasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan caj RM1 di bank ringan beban kewangan, lancar aliran tunai harian

TAWAU – Pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran automatik (ATM) dan mesin kitar semula pintar (SRM) yang berkuat kuasa hari ini dilihat mampu meringankan beban…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan