KPKM, KPDN pantau bekalan telur ayam selepas pengurangan subsidi

KERAJAAN memberi jaminan pemantauan berterusan bagi mengelak gangguan bekalan telur berikutan subsidi telur akan ditamatkan secara berperingkat mulai 1 Mei dengan kadar dikurangkan daripada10 sen kepada 5 sen sebiji.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pemantauan akan dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Beliau juga berkata bahawa Jemaah Menteri telah membincangkan perkara berkenaan dan diingatkan bahawa konsep subsidi telur yang diperkenalkan semasa pandemik COVID-19 untuk mengatas masalah kekurangan bekalan serta kenaikan harga.

“Ketika pandemik, terdapat masalah dari segi penghasilan dan bekalan telur ayam, namun kita lihat hari ini ia menunjukkan trend yang lebih positif.

“Maka Jemaah Menteri berpandangan bahawa cadangan penamatan subsidi telur ayam oleh KPKM adalah wajar,” katanya dalam sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, pada Rabu.

Hari ini KPKM mengumumkan bahawa kadar subsidi telur ayam dikurangkan daripada 10 sen kepada 5 sen sebiji, berkuat kuasa mulai Khamis, sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 1 Ogos depan.

Kerajaan telah membelanjakan hampir RM2.5 bilion untuk subsidi telur ayam sejak Februari 2022 hingga Disember 2024 bagi menampung peningkatan kos pengeluaran akibat pandemik COVID-19 serta krisis geopolitik membabitkan Rusia dan Ukraine.

Related Posts

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-79 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Menerusi ucapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Empat cedera kemalangan bas, treler

Empat cedera kemalangan bas, treler