Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah.

Ketua Wanita PH Sabah, Jannie Lasimbang berkata, program ini merupakan inisiatif awal ke arah melahirkan barisan calon wanita berwibawa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Bengkel berkenaan mengetengahkan tiga komponen utama iaitu debat, pengucapan awam dan penulisan kenyataan serta ucapan politik.

“Bengkel ini juga menampilkan gabungan teori dan latihan praktikal yang membantu peserta membina keyakinan serta strategi komunikasi politik yang efektif.

“Latihan intensif ini dirangka untuk membina keyakinan dan strategi komunikasi politik dalam kalangan peserta, selaras dengan komitmen PH untuk menampilkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita yang bersedia dari segi prinsip, kemahiran dan iltizam perjuangan,” katanya sempena Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah Perkasa Calon Wanita PH, di sini, pada Selasa.

Tambahnya, bengkel ini bukan sahaja bertujuan menyediakan calon wanita untuk bertanding tetapi juga memastikan mereka mampu menjadi pemimpin yang diyakini rakyat.

“Kami sedang membina gelombang pemimpin wanita yang berani bersuara dan teguh membawa agenda rakyat.

“Kami percaya wanita bukan sekadar pelengkap dalam politik, tetapi adalah tulang belakang kepada perubahan masyarakat,” katanya.

Antara yang terlibat menyampaikan sesi ceramah termasuk bekas Ahli Parlimen dan aktivis wanita, Kasthuriraani Patto serta Pakar Komunikasi, Dr. Richard Gontusan yang turut membantu peserta meningkatkan kemahiran berhujah secara efektif.

Program ini turut dihadiri oleh sokongan moral daripada Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang sempat hadir menyantuni peserta dan memberi galakan kepada usaha memperkasakan wanita.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah