Pelaburan digital Malaysia terus melonjak kepada RM16.2 bilion

GEORGE TOWN – Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju digital serantau apabila mencatat jumlah pelaburan digital yang diluluskan di bawah Inisiatif Malaysia Digital (MD) sebanyak RM16.2 bilion bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Kejayaan itu sekali gus dijangka mewujudkan 6,480 peluang pekerjaan baharu di seluruh negara.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, prestasi memberangsangkan itu membuktikan keyakinan kukuh pelabur global terhadap ekosistem digital negara yang semakin berkembang pesat.

Menurutnya, Malaysia kini bukan sahaja membina ekosistem perniagaan digital yang mampan, malah memperkasa rakyat melalui teknologi serta memastikan manfaat pendigitalan dirasai di semua lapisan masyarakat.

“Komitmen kita terhadap tadbir urus yang stabil, dasar mesra pelabur dan inovasi digital adalah faktor utama yang terus menarik perhatian dunia,” katanya ketika berucap pada Hari Terbuka Malaysia Digital 2025 di sini hari ini.

Majlis Hari Terbuka MD 2025 turut menyaksikan pelancaran Pejabat Wilayah Utara Kementerian Digital yang akan memperkukuh lagi pemerkasaan digital di peringkat negeri.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo serta Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari.

Dalam pada itu, Gobind berkata, sektor berimpak tinggi seperti pusat data dan perkhidmatan awam menjadi pemacu utama, menyumbang lebih RM9.9 bilion atau 60 peratus daripada keseluruhan pelaburan digital.

“Ia diikuti syarikat kecerdasan buatan (AI) yang membentuk 27 peratus daripada syarikat baharu berstatus MD.

“Malaysia juga mendapat kepercayaan pelabur dari pasaran utama termasuk Belanda, Singapura, Hong Kong, India dan United Kingdom, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu gerbang digital rantau ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Anuar Fariz Fadzil berkata, pihaknya komited untuk memperkukuh usaha memperkasa ekonomi digital negara melalui pelbagai inisiatif seperti Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan, Inisiatif Pendigitalan Perniagaan dan Inisiatif Bandar AI.

“Malaysia kini bukan sahaja membina keupayaan digital, tetapi memupuk budaya inovasi kebangsaan untuk memastikan pertumbuhan jangka panjang dan peluang yang lebih luas buat rakyat,” katanya.

Menurut beliau, Pulau Pinang turut mencatat pencapaian membanggakan dengan menarik RM1.23 bilion pelaburan digital setakat ini, sekali gus mewujudkan 266 peluang pekerjaan baharu, terutama dalam sektor bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu dan perisian tertanam.

“Dalam usaha memperkukuh pertumbuhan ekosistem digital di utara, MDEC turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Digital Penang untuk menggalakkan penggunaan teknologi baharu seperti data raya, AI, Web3, kandungan 5G, keselamatan siber dan rantaian blok,” katanya.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri