Anwar seru semua pemimpin bersatu hadapi cabaran ekonomi baharu

KANGAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pemimpin politik di negara ini bersatu untuk mengangkat kembali martabat Malaysia di pentas antarabangsa.

Tambah beliau, kesatuan amat penting ketika negara kini berdepan cabaran susulan keputusan Amerika Syarikat untuk menaikkan tarif ke atas barangan import, termasuk dari Malaysia.

Menurut Anwar, keputusan Amerika Syarikat itu memberi kesan langsung kepada sektor eksport negara, khususnya produk semikonduktor yang kini menyumbang hampir 60 peratus daripada eksport Malaysia ke negara tersebut.

“Malaysia merupakan negara kedua terbesar dalam eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat, maka tindakan tarif ini jika tidak ditangani dengan bijaksana akan memberi kesan besar kepada ekonomi negara,” katanya semasa berucap.di Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI di Dataran Lok 9, Kuala Perlis di sini sebentar tadi.

Berangkat sama, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Anwar turut memaklumkan kerajaan mendapatkan penangguhan selama 90 hari sebelum tarif tersebut dikuatkuasakan sepenuhnya, sekali gus memberi ruang untuk perundingan lanjut dilakukan.

Jelas Anwar, dalam tempoh ini, hubungan dengan negara kuasa besar itu perlu dikekalkan pada tahap sederhana agar kehidupan rakyat tidak terjejas dan ekonomi domestik dapat diperkukuhkan.

“Kita perlu pastikan hubungan itu berteraskan keadilan dan prinsip multilateralisme memandangkan Malaysia adalah negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),” tegas beliau.

Sidang khas berhubung isu ini akan diadakan pada 5 Mei nanti bagi menerangkan secara terperinci langkah-langkah yang akan diambil kerajaan.

“Ini masa semua parti, semua rakyat bersatu untuk fokus kepada usaha mengangkat martabat Malaysia sebagai sebuah negara hebat di Asia,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menekankan keperluan membina ketahanan ekonomi domestik dengan mengukuhkan sektor dalaman seperti bidang kecerdasan buatan (AI) dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Anak-anak muda mesti diberi peluang membina masa depan melalui penguasaan ilmu baharu dan bukannya terjebak dalam budaya kebencian semata-mata,” katanya.

Beliau menegaskan masa depan Malaysia dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang perlu dipandu dengan kestabilan dan kemajuan demi memastikan rakyat menikmati kehidupan lebih sejahtera.

“Kita harus berusaha keras untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi dan terus mengangkat martabat negara kita di mata dunia,” katanya lagi.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM