PRK Ayer Kuning: Jumlah peratus keluar mengundi terus meningkat

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan menyatakan peratus keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sehingga jam 3 petang adalah sebanyak 50.18 peratus.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun sebelum ini mengingatkan agar para pengundi keluar awal sebelum pusat mengundi ditutup pada jam 6 petang.

Ini kerana ujarnya, faktor cuaca juga boleh mempengaruhi peratusan keluar mengundi selain faktor-faktor lain.

Pada PRK DUN Ayer Kuning, sebanyak 19 Pusat Mengundi dan 60 Saluran dibuka bagi tujuan pengundian melibatkan seramai 31,281 orang pengundi.

PRK diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

PRK ini juga menyaksikan perlawanan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir; calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.

Calon BN dan PN merupakan pertama kali dicalonkan untuk bertanding mewakili parti masing-masing manakala pencalonan Bawani adalah kali kedua.

Sebelum ini beliau pernah mewakili PSM pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam pertandingan 5 penjuru, namun kalah.

SPR telah menetapkan hari ini sebagai hari mengundi manakala hari mengundi awal telah selesai dilaksanakan pada 22 April lalu.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

SMK Sungai Soi tuan rumah STEM Camp

SMK Sungai Soi tuan rumah STEM Camp

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini