UNIMAS bakal cipta rekod MBOR menerusi program kesukarelawan 48 jam

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bakal mencipta rekod dalam Malaysian Book of Records (MBOR) menerusi penganjuran program kesukarelawan selama 48 jam tanpa henti bertemakan “Bersatu Hati, Mencurah Bakti”.

Program yang dinamakan UNIMAS: Inisiatif Bakti itu akan dilaksanakan selama tiga hari dua malam, melibatkan 21 aktiviti berterusan yang memfokuskan kepada elemen khidmat komuniti, pembangunan pelajar serta kelestarian alam sekitar.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ir Ts Dr Al-Khalid Othman berkata, usaha ini merupakan satu manifestasi komitmen tinggi mahasiswa UNIMAS dalam menyumbang kepada masyarakat.

“Saya amat menghargai usaha mahasiswa kerana program ini sepenuhnya diurus dan dijalankan oleh mereka sendiri. Ini membuktikan bahawa mahasiswa kita bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga dalam kepimpinan dan penglibatan komuniti,” katanya ketika merasmikan Majlis Pembukaan Tirai UNIMAS: Inisiatif Bakti pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah Program Muhammad Faiz Farhan Yusnizam menjelaskan, persiapan bagi menjayakan program tersebut telah digerakkan hampir setahun lalu.

“Kami mahu program ini menjadi inspirasi buat semua mahasiswa agar tidak hanya tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya turut menyumbang semula kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Ir Siti Noor Linda Taib; Penasihat Program, Muhammad Azhan Abdullah; Pengarah Pusat Khidmat Pelajar, Zambari Baijuri; barisan pengetua dan felo kolej kediaman serta para sukarelawan.

Related Posts

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding