Polis giat gempur jenayah dadah di Sandakan

SANDAKAN – Polis Sandakan giat meneruskan operasi berterusan bagi memerangi kegiatan jenayah, khususnya berkaitan dadah di daerah ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah, seramai 4,167 individu ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah berkaitan dadah dari tahun 2023 hingga Mac 2025.

“Statistik menunjukkan golongan usia 41 tahun ke atas mencatatkan tangkapan tertinggi sebanyak 1,307 orang diikuti 912 orang berusia 35 hingga 40 tahun, 739 orang (25-29 tahun), 716 orang (30-34 tahun), 434 orang (19-24 tahun) dan 59 orang (14-18 tahun).

“Secara purata, lima orang ditahan setiap hari sepanjang tempoh ini kerana terlibat dengan jenayah berkaitan dadah.

“Dalam operasi-operasi tersebut, pihak polis turut merampas kenderaan, lapan barangan kemas pelbagai jenis serta wang tunai.

“Nilai keseluruhan rampasan dan sitaan dianggarkan melebihi RM350,000,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, pihak polis menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah dadah di kawasan masing-masing.

“Maklumat boleh disalurkan melalui imbasan kod (QR), platform ‘Volunteer Smartphone Patrol’ (VSP), Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan atau hadir secara bersemuka di mana-mana balai polis di daerah ini.

“Kerjasama masyarakat amat penting dalam memastikan usaha pemutihan ini berjalan lancar demi kesejahteraan bersama,” ujar Ahsmon.

Related Posts

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama