Sarawak Skills perkenal latihan keselamatan kenderaan hidrogen

KUCHING – Sarawak Skills menjadi perintis dalam bidang teknologi hijau apabila memperkenalkan program Latihan Keselamatan dan Kesedaran Kenderaan Sel Bahan Api Hidrogen pertama di Sarawak.

Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan Sarawak untuk memperkukuh ekonomi hijau menerusi pembangunan tenaga bersih dan teknologi mampan.

Pengarah Eksekutif Sarawak Skills, Hallman Sabri berkata, program itu bukan sahaja mendukung dasar hijau Sarawak, malah membuka peluang kepada bakat tempatan untuk menceburi bidang teknologi baharu.

“Kami bangga menjadi institusi latihan pertama di Sarawak yang menawarkan program khusus berkaitan kenderaan hidrogen. Ia satu pencapaian penting dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk ekonomi masa depan,” katanya.

Latihan ini memberi tumpuan kepada aspek keselamatan dan amalan pengendalian selaras dengan piawaian antarabangsa, sekali gus meningkatkan kesedaran peserta terhadap potensi teknologi hidrogen.

Menurut Hallman, kejayaan program ini turut disokong melalui kerjasama strategik dengan rakan latihan dari China yang membolehkan pemindahan teknologi, modul dan kepakaran terkini kepada peserta tempatan.

Sarawak kini memimpin inisiatif tenaga bersih di Malaysia menerusi projek seperti Bas Hidrogen dan pembinaan loji serta stesen isian semula hidrogen pertama di negeri ini.

Dengan wujudnya program latihan ini, Sarawak Skills dijangka menjadi pemacu utama dalam membangunkan tenaga kerja untuk menyokong pelaksanaan projek berkaitan hidrogen di peringkat negeri dan kebangsaan.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok