Gara-gara obses, pemuda 23 tahun menyamar jadi penolong pegawai perubatan

KANGAR – Gara-gara terlalu obses dengan profesion Penolong Pegawai Perubatan (PPP), seorang pemuda berusia 23 tahun sanggup menyamar sebagai kakitangan perubatan hospital dan tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ghazali Chik berkata, pemuda terbabit berpakaian lengkap seperti PPP termasuk membawa beg peralatan perubatan ketika berada di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Insiden tersebut berlaku pada 8 April lalu sekitar pukul 9.28 malam dan telah disahkan menerusi siasatan yang dijalankan pihak hospital,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemuda itu telah mengaku membeli pakaian seragam dan peralatan perubatan tersebut secara dalam talian kerana terlalu meminati profesion berkenaan.

“Dia bukan kakitangan hospital dan merupakan orang awam, tetapi menyamar dengan memakai uniform PPP serta berlagak seolah-olah anggota perubatan,” katanya.

Terdahulu, rakaman video menunjukkan lelaki terbabit berada di kawasan hospital itu telah tular di laman sosial sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop turut mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian itu pada 9 April lalu.

Dr. Ghazali berkata, pihak HTF telah memaklumkan insiden tersebut kepada pengurusan tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) pada hari kejadian.

“Laporan polis juga telah dibuat dan tindakan lanjut ke atas individu tersebut kini diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Susulan insiden itu juga, pemantauan keselamatan di seluruh kawasan hospital kini diperketatkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan