Anwar rakam takziah pemergian Paus Francis

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah atas pemergian Paus Francis yang meninggal dunia pada usia 88 tahun di Vatican City pada Isnin.

Perdana Menteri menyifatkan Paus Francis sebagai pemimpin yang memperjuangkan keamanan, keadilan dan persefahaman antara agama.

“Beliau juga dikenang sebagai paus pertama dari Selatan Global.

“Paus Francis tegas bersuara tentang isu Gaza, membela nasib pelarian, dan menyeru dunia agar bertindak dengan belas kasihan dan kemanusiaan,” katanya dalam hantaran Facebook.

Terdahulu, keadaan kesihatan pemimpin Gereja Katolik dan Kota Vatican itu dilaporkan semakin kritikal selepas mengalami beberapa komplikasi kesihatan termasuk radang paru-paru atau pneumonia.

Beliau dimasukkan ke hospital Gemelli, Rom pada 14 Februari lalu selepas mengalami kesukaran bernafas selama beberapa hari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru di kedua-dua belah paru-parunya.

Dalam pada itu, Anwar turut berkongsi kenangan pernah bertemu Paus Francis pada awal pentadbirannya.

Katanya, ucapan takziah kepada kepimpinan Kota Vatican serta komuniti Katolik di seluruh dunia, khususnya di Malaysia dan berharap legasi mendiang terus mekar.

Related Posts

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan kendalianya, yang terletak di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 diarahkan tutup mulai esok. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan (KPM) akan menutup institusi pendidikannya di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 mulai Jumaat, 9 Oktober, susulan keadaan jerebu yang boleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan