Datuk Bandar Ipoh fokus isu asas perbandaran: Sampah, longkang, jalan berlubang

ISU-ISU asas perbandaran seperti pengurusan sampah, penyelenggaraan longkang, pemotongan rumput dan pembaikan jalan berlubang akan menjadi fokus utama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di bawah kepimpinan Datuk Bandar baharu, Zamakhshari Hanipah.

Menurutnya, tanggungjawab asas ini perlu diberi keutamaan bagi memastikan kesejahteraan dan keselesaan penduduk bandar raya ini.

“Saya akan memastikan tanggungjawab utama MBI diberi penekanan menerusi pendekatan ‘Back to Basic’ yang merangkumi isu sampah, longkang, rumput serta penyelenggaraan kemudahan awam termasuk jalan berlubang.

“Ini penting untuk menjadikan Ipoh sebuah bandar raya yang ceria, bersih, mesra penduduk dan mesra alam,” katanya dalam kenyataan selepas majlis angkat sumpah sebagai Datuk Bandar Ipoh ke-13, di Ipoh.

Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Sandrea Ng.

Zamakhshari turut menzahirkan komitmennya untuk membawa anjakan paradigma dalam perkhidmatan awam ke arah kecemerlangan serta menjadikan Ipoh sebagai bandar pintar dan rendah karbon menjelang tahun 2030.

“Visi ini memerlukan kerjasama semua pihak. Pembangunan Ipoh adalah tanggungjawab bersama, dan saya yakin kita mampu mencapainya,” katanya lagi.

Zamakhshari sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Persediaan Bencana) di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Terdahulu, pelantikannya sebagai Datuk Bandar Ipoh telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada Khamis lepas.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam sektor pentadbiran kerajaan, termasuk pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Negeri Terengganu serta Selangor.

Zamakhshari juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Hulu Perak, Yang Dipertua Majlis Daerah Gerik, dan Penolong Pengarah MKN Negeri Perak.

Sementara itu, Saarani menyatakan keyakinan bahawa pengalaman luas Zamakhshari akan memacu kemajuan dan tadbir urus yang lebih cekap di Ipoh.

“Kepimpinan beliau mampu merealisasikan aspirasi menjadikan Ipoh sebagai bandar pintar dan mampan,”katanya.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda