Pendirian saya bersama dengan Ketua Menteri –  Armizan

PAPAR – Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali menyatakan bahawa pendiriannya adalah selaras dengan kenyataan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini mengenai kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Plus.

“Bahawa akhirnya yang menentukan bagi kita hala tuju politik menjelang pilihan raya  ini adalah kerajaan yang berada dalam kerajaan negeri pada hari ini.

“Apa keputusannya akan dirundingkan terlebih dahulu dalam kalangan parti yang menggabungkan kerajaan GRS PH Plus hari ini.

“Biarlah gabungan kerajaan pada hari ini menentukan membincangkan dan memurnikan apa dia bentuk pendekatan kehadapan menjelang pilihan raya negeri.

“Saya menyokong penuh kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS,” katanya dalam sidang media semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Ahli Parlimen Papar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang di sini pada Ahad.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menghormati hak UMNO yang tidak menjemput wakil Pakatan Harapan (PH) ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 dan ia tidak perlu dipersoalkan. Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan