Kerajaan bekal tangki statik usaha atasi masalah curi air 

KOTA KINABALU – Tangki air statik ditempatkan di kawasan setinggan bagi membendung aktiviti sambungan air haram yang menjejaskan bekalan air. 

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata, Kampung Brunei merupakan antara satu lokasi yang dibekalkan tangki statik bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air yang sering berlaku akibat kebocoran paip dan penurunan tekanan air. 

“Kita cuba meminimalkan kejadian curi air tersebut dengan mencuba membekalkan ‘static tank’.

“Baru-baru ini kita pernah membekalkan ‘static tank’ di Kampung Brunei, tetapi separuh jalan ada isu tanah pula, tapak pula. 

“Jadi perkara ini kita akan perhalusi dan kaji semula.” katanya dalam sidang media semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Dewan Sri Putatan, di sini, pada Ahad. 

Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata bahawa air yang dibekalkan itu bukan percuma.

“Tapi ada juga yang setinggan tempatan. Sebab mereka memerlukan air jadi untuk meminimalkan kejadian sambungan haram kita sediakan ‘static tank’ dan ia akan dikenakan bayaran dan bukanlah percuma,” jelasnya. 

Tambahnya, beliau yakin tekanan air akan pulih sepenuhnya pada Julai depan sebaik paip utama yang baharu di Telibong 2, fasa dua selesai dipasang.

“Jadi kita tengah memantau perkembangan kerja kontraktor dan daripada lawatan saya terakhir pada hujung Mac sebelum Hari Raya saya begitu yakin ia boleh siap pada hujung Jun,” ujarnya.

Related Posts

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

LIMBANG – Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digalakkan memastikan anjing dan kucing menerima vaksinasi tahunan bagi membantu mengekang penularan penyakit rabies secara lebih berkesan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi