Jenazah pelajar UUM dilanggar bas akan dibawa pulang ke Felda Chemplak

ALOR SETAR – Suasana sedih menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini apabila beberapa rakan kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang maut dalam kemalangan membabitkan dua bas tidak dapat menahan air mata mereka.

Mereka dilihat menangis dan berpelukan di antara satu sama lain selepas keluar dari bilik mayat bagi melihat kali terakhir jenazah Manarina Hasya Muhamad Karim, 22.

Urusan bedah siasat jenazah Allahyarham bermula jam 9.30 pagi dan selesai dua jam kemudian.

Jenazah dibawa keluar pada jam 1.15 tengah hari menggunakan van Pusat Islam UUM dan diiringi enam kereta universiti untuk dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Felda Chemplak, Labis, Johor.

Sementara itu, Pengarah Pusat Islam UUM, Yusnaidi Md Sabri yang mewakili keluarga Allahyarham mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana membantu melancarkan urusan.

“Kalau ada kesilapan yang dilakukan oleh arwah, mohon maaf ,halalkanlah semua, mudah-mudahan ALLAH bagi kebaikan dan syurga kepada arwah.

“Saya mewakili pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir membantu,” katanya sebelum van jenazah bergerak meninggalkan perkarangan Jabatan Forensik HSB pada hari ini.

Terdahulu, media melaporkan UUM akan membantu menguruskan jenazah Manarina Hasya, pelajar yang maut dalam kemalangan melibatkan dua bas pada Sabtu sehingga ke proses pengebumiannya.

Naib Canselor UUM, Datuk Mohd Foad Sakdan berkata, pihak universiti akan menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada keluarga mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang ketika menerima rawatan di HSB.

Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 8.45 pagi dan melibatkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, UUM.

Related Posts

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

LIMBANG – Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digalakkan memastikan anjing dan kucing menerima vaksinasi tahunan bagi membantu mengekang penularan penyakit rabies secara lebih berkesan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi