Malaysia perlu lonjakan kuantum untuk jadi negara maju – Anwar

PETALING JAYA – Malaysia memerlukan lonjakan kuantum sekiranya mempunyai impian untuk menjadi negara maju, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap sebagai moderator pada siri kelima Forum Ilmuan Malaysia MADANI (FIM) di sini pada Jumaat malam, beliau berkata dalam konteks hari ini, mencapai status negara maju tidak boleh dicapai melalui rentak perubahan biasa.

“Apa-apa pun perubahan apabila (dilaksanakan) cepat, ia akan mengundang masalah sama ada ketegangan politik atau sosial, tetapi kalau kita tanya diri kita adakah kita ada pilihan? Jawapannya tidak. Kalau tidak ada pilihan, maka kita perlu bersedia dan melonjak,” kata beliau.

Anwar membuat kenyataan itu semasa mengakhiri perbincangan “Peranan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan dalam Mentransformasi Syarikat: Mengimbangi Keuntungan dan Tanggungjawab untuk Mencetuskan Negara Yang Berdaya Cipta”. 

Forum itu turut disertai oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani;  Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir dan pengerusi Khazanah Research Institute, Dr Nungsari Ahmad Radhi. 

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Anwar juga menekankan keperluan untuk mengubah kesedaran awam, menggalakkan rakyat untuk memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting yang perlu untuk kemajuan, dan bukannya sibuk dengan isu perkauman dan agama.

“Saya tidak kata kaum atau agama tidak penting, tetapi naratif itu akan menyebabkan kita lesu dan kita tidak ke depan. Orang (negara lain) sekarang bicara soal tenaga, AI (kecerdasan buatan), tetapi kita lihat pada (kempen) pilihan raya kecil yang banyak dihujani (dakwaan) bahawa kita jual negeri kepada China atau hal-hal yang sebenarnya melelahkan, jadi kena betul dari segi pembinaan teori.

“Kita kena bawa satu pendekatan baharu dan perubahan, tetapi saya yakin ada semangat perubahan ini berlaku dalam kalangan rakyat. Ini bukan tanggungjawab sebahagian orang politik sahaja,” kata beliau.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan juga mesti membuat keputusan yang berani dan pantas untuk menjaga kepentingan negara, seperti menyertai kumpulan kerjasama ekonomi BRICS, kerana terlalu bergantung kepada pasaran tradisional yang sudah tidak sihat.

Bagi ASEAN, Anwar berkata selain perbincangan mengenai tanggapan tradisional mengenai pusat dan keamanan ASEAN, tumpuan juga diberikan kepada perdagangan intra-ASEAN, daya saing pelaburan dan tekanan luar.

Anwar berkata, tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenakan tarif timbal balas telah mendorong Kesatuan Eropah (EU) meminta mempercepatkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan ASEAN.

“(Sebelum ini) ASEAN telah merayu agar FTA dengan EU ditandatangani, tetapi EU mempunyai perkara yang rumit dan menolak mentah-mentah. Bagaimanapun, apabila tarif dikenakan, EU kini mahu kami mempercepatkan proses itu, jadi kami mesti bertindak pantas dalam keadaan sedemikian,” katanya.

Related Posts

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mencari penyelesaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JOHOR BAHRU – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) disifatkan sebagai antara bukti keberkesanan pelaksanaan dasar ekonomi di bawah Kerajaan MADANI dalam merancakkan pertumbuhan pelaburan negara, khususnya di Johor. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI