Segala jasa, pengorbanan Tun Abdullah akan tetap dikenang rakyat Kepala Batas

KEPALA BATAS – Kira-kira 2,000 jemaah hadir pada majlis tahlil perdana dan bacaan Yaasin bagi memperingati bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Abdullah Fahim di sini pada malam semalam.

Majlis anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam dengan kerjasama Masjid Abdullah Fahim itu diadakan selepas solat Maghrib sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan Allahyarham dalam membangunkan kawasan Kepala Batas.

ADUN Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kehadiran luar biasa pada majlis itu turut disertai pelajar daripada sekolah-sekolah yang diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdullah seperti Sekolah Menengah Sains dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Alhamdulillah, tanpa disangka kehadiran mencecah 2,000 orang. Sekolah-sekolah yang diasaskan oleh Pak Lah secara sukarela melepaskan pelajar untuk hadir dan mendoakan beliau. Kadang-kadang, doa anak-anak ini adalah doa yang mustajab.

“Syukur, ini adalah khidmat terakhir yang kami dapat lakukan kepada ayahanda kami,” katanya ketika ditemui pemberita pada malam semalam.

Reezal berkata, jasa Allahyarham Tun Abdullah tidak mungkin akan dilupakan oleh masyarakat Kepala Batas kerana perubahan besar yang dibawanya sepanjang lebih tiga dekad berkhidmat di kawasan itu.

“Saya sempat bersama beliau. Bukan sekadar Perdana Menteri kelima, tetapi Tun Abdullah adalah pemimpin yang disayangi di Kepala Batas dan beliau telah membawa perubahan dan menjadikan kita bahagia.

“Apa yang tiada di Kepala Batas? Semua prasarana dan pembangunan adalah hasil sentuhan beliau. Tak terlalu asing untuk kita semua berdoa kepada beliau, kerana selama 35 tahun, beliau telah meninggalkan sesuatu yang amat bermakna buat kita semua,” katanya lagi.

Sementara itu, Imam Masjid Abdullah Fahim, Muzamil Abdul Razak tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi kisah mengenai kebaikan dan sifat penyayang Tun Abdullah terhadap masyarakat.

Menurutnya, Allahyarham sangat menghormati warga emas dan sentiasa menyantuni masyarakat sekeliling, termasuk dirinya dan neneknya dalam satu peristiwa yang masih segar di ingatannya meskipun berlaku lebih 40 tahun lalu.

“Abang saya bawa saya naik penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Bila Tun Abdullah tahu saya dan tok saya menaiki penerbangan sama, beliau bangun dari kelas perniagaan dan memegang tangan tok saya, tarik duduk bersama beliau di depan.

“Saya sangat terharu dengan perbuatan beliau. Seorang pemimpin yang amat menghormati orang tua, sangat menyantuni penduduk di Pulau Pinang dan amat disayangi masyarakat,” kongsinya.

Tun Abdullah merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas selama lapan penggal berturut-turut sejak 1978 hingga 2013.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam, Isnin lalu.

Jenazah beliau selamat dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat Zohor pada Selasa.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara