Hari Bumi Tuaran sasar cipta dua rekod MBOR serentak

TUARAN — Sambutan Hari Bumi peringkat Parlimen Tuaran yang bakal berlangsung pada 22 April ini menyasarkan dua rekod baharu untuk dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, antara rekod yang ingin dicapai ialah penanaman pokok spesies Baccaurea Lanceolata atau lebih dikenali sebagai Liposu sebanyak lebih 8,800 pokok di kawasan Tuaran.

“Satu lagi rekod melibatkan penyertaan 87 buah sekolah rendah dan menengah di Tuaran yang akan menanam pokok Liposu secara serentak di lokasi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Program itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran, Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Antara pengisian program termasuk penanaman pelbagai anak pokok, pertandingan melukis poster dan pameran berkaitan pemeliharaan alam sekitar.

“Sebagai sebahagian daripada program ini, aktiviti penanaman benih pokok akan dijalankan secara serentak melibatkan lebih 29,000 pelajar di enam zon seluruh Tuaran.

“Lokasi penanaman termasuk di tebing-tebing sungai serta kawasan berisiko mengalami hakisan dan tanah runtuh, termasuk di sekitar kawasan sekolah,” jelas Madius.

Beliau berkata, sambutan itu bertujuan menyemarakkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan menanam pokok bagi memelihara ekosistem semula jadi selain berperanan sebagai langkah tebatan banjir yang lestari dan berkesan.

Majlis perasmian program berkenaan dijadual disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, Datuk Seri Huang Tiong Sii di Pusat Kokurikulum Sabah, Kem Malangang Kiulu.

Related Posts

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan Negeri akan meneliti perkara yang disuarakan kedua-dua kumpulan dalam perhimpunan iaitu Suara Mahasiswa dan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang berlangsung di sekitar Kota Kinabalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng