Isu Jalur Gemilang: Majlis Media Malaysia boleh tangani isu berkaitan

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyuarakan hasrat agar Majlis Media Malaysia menjadi platform terbaik untuk menangani isu seperti kesilapan penggunaan logo dan simbol Jalur Gemilang oleh sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

“Kita harap bila ada Majlis Media Malaysia, itulah satu platform atau satu format baik untuk menyelesaikan isu seperti ini namun sehingga majlis itu dibangunkan dan dihidupkan, maka kita uruskan (siasat) dulu.

“Saya dan Timbalan Menteri sudah bertemu dengan pengurusan media berkenaan dan kita maklumkan bahawa siasatan pihak berkuasa berjalan,” katanya pada sidang media di Menara Angkasapuri di sini hari ini, turut dihadiri timbalannya, Teo Nie Ching.

Fahmi memberitahu bahawa dia bertemu dengan pengurusan Sin Chew bersama timbalannya Teo Nie Ching hari ini berhubung laporan berkaitan gambar bendera Malaysia tidak lengkap sifatnya yang dimuat naik diakaun Facebook rasmi organisasi media berkenaan semalam (16 April).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi satu kenyataan semalam, memaklumkan pihaknya telah memulakan siasatan serta-merta terhadap Sin Chew Daily berkenaan kes itu.

Tambahnya, beliau berkata pihaknya akan mengadakan sebuah taklimat khas mengenai tatacara penggunaan pempameran lambang kebangsaan Jalur Gemilang.

“Kita akan anjurkan sesi ini untuk rakan media dan juga (kakitangan) Unit Komunikasi Korporat (UKK) di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dalam tempoh minggu ini,” katanya.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP