Bekas calon PRN Johor didakwa salah guna wang pertubuhan

JOHOR BAHRU – Bekas calon pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga pertuduhan menyalahgunakan wang pertubuhan berjumlah keseluruhan RM21,000, lima tahun lalu.

Memetik laporan Kosmo, tertuduh yang juga merupakan ahli perniagaan, Abdul Aziz Harun, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu Pengerusi Pertubuhan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Johor Bahru tersebut didakwa dengan curangnya menyalahgunakan wang pertubuhan dengan jumlah keseluruhan RM21,000.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di Bandar Baru Permas Jaya, di sini antara 9 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2021.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan sebatan, dan juga boleh dikenakan denda, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Asmah Zainal Ariffin manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.

Bagaimanapun, Muhammad Rafique memohon jaminan yang minima terhadap anak guamnya berjumlah RM10,000 atas alasan tertuduh perlu menanggung tiga orang anak yang masih bersekolah selain situasi perniagaannya yang kurang baik.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 28 Mei depan bagi serahan dokumen.

Difahamkan, pertubuhan tersebut kini telah dibubarkan dan tertuduh juga tidak lagi mempunyai sebarang jawatan dalam parti politik.

Related Posts

Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik dalam tasik

KUANTAN – Seorang pemandu jengkaut ditemukan lemas, manakala seorang lagi selamat selepas jentera berat dikendalikan mereka terbalik ketika menjalankan kerja pembersihan di Tasik Bera, dekat Bera, petang semalam. Penolong Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CLBC Kampung Seberang Ramai terima kunjungan Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi

KUALA PERLIS – Pusat Pembelajaran Berasaskan Komuniti (CLBC) Kampung Seberang Ramai menerima kunjungan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik dalam tasik

Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik dalam tasik

‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

‎Pelekat QR Takwim PJRM dipasang di premis tumpuan mulai 1 Oktober ‎

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
‎Pelekat QR Takwim PJRM dipasang di premis tumpuan mulai 1 Oktober ‎

KPDN harap peruntukan PJRM ditingkatkan dalam Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
KPDN harap peruntukan PJRM ditingkatkan dalam Belanjawan 2027

CLBC Kampung Seberang Ramai terima kunjungan Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi

CLBC Kampung Seberang Ramai terima kunjungan Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16