Ops Tapis Narkotik: Tiga lelaki dicekup terlibat dadah

SANDAKAN – Tiga lelaki ditahan polis dalam pelaksanaan Ops Tapis Narkotik yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di dua lokasi berasingan sekitar daerah ini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis (ACP) Ahsmon Bajah berkata, pelaksanaan operasi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya dalam membanteras gejala penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah ini.

Dalam operasi di Kampung Kombo, Jalan Batu Sapi, dua lelaki diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Sandakan atas kesalahan di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Pada hari yang sama pada pukul 10 pagi, seorang lagi lelaki turut ditahan oleh Unit Peronda MPV Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BJPJKK) di Taman Grandview juga atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Kesemua suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Related Posts

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

KUANTAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari lembu di Hutan Simpan Sementah, Lanchang, Temerloh, semalam, ditemukan selamat petang tadi. Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September