Langkah mitigasi banjir diberi keutamaan dalam Projek Pan Borneo

KOTA KINABALU – Isu banjir di kawasan rendah sentiasa menjadi keutamaan dalam perancangan dan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi mengelakkan pembinaannya menjejaskan sistem saliran sedia ada.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Limus Jury berkata, reka bentuk projek telah melalui proses penilaian teliti termasuk simulasi banjir bagi memastikan aliran air tidak terhalang apabila projek siap sepenuhnya.

“Perancangan dan reka bentuk Jajaran Reka bentuk jajaran Lebuhraya Pan Borneo telah melalui proses penilaian yang teliti dengan mendapat kelulusan daripada agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah.

“Selain itu, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (EPD) Sabah turut memainkan peranan penting termasuk kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan simulasi banjir yang dijalankan sebelum pelaksanaan projek.

“Simulasi Banjir dan Penilaian Risiko Reka bentuk projek ini turut mengambil kira simulasi banjir untuk memastikan pembinaan lebuh raya tidak menyebabkan perubahan ketara dalam aliran air dan sistem saliran sedia ada.

“Pendekatan ini memastikan agar banjir tidak menjadi lebih buruk akibat projek pembinaan ini,” katanya semasa menjawab soalan lisan daripada ADUN Bongawan, Datuk Daud Yusof dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang Ke-16 di sini, pada Rabu.


Mengulas lanjut, Limus juga menjelaskan tentang usaha dan langkah kerajaan semasa dalam pembinaan projek tersebut tersebut bagi mengurangkan impak banjir.

“Penyelenggaraan Saliran Perparitan Sementara dan Baharu Pihak kontraktor bertanggungjawab untuk memastikan saliran sementara dan saliran baharu yang dibina tidak terhalang oleh kelodak, sampah atau tumbuhan.

“Penambahbaikan Reka Bentuk Perparitan Pasukan pelaksana projek juga telah mengambil inisiatif untuk menambah baik rekabentuk asal perparitan sepanjang sempadan kerja projek Lebuhraya Pan Borneo, berdasarkan keperluan semasa dan keadaan di lapangan.

“Ini bertujuan untuk memperbaiki sistem saliran dan mengurangkan risiko banjir,” katanya.

Mengulas soalan kepada ADUN Bongawan, Datuk Dr Daud Yusof iaitu adakah perbincangan dilakukan antara KKR dan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah untuk mengatasi masalah ini?

Jelas beliau, pihak kementerian juga mengadakan perbincangan secara berkala dengan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah, bagi memastikan langkah-langkah mitigasi banjir yang lebih berkesan dapat dilaksanakan.

“Hasil daripada perbincangan ini, beberapa penambahbaikan sistem saliran telah dibuat untuk meningkatkan keberkesanan langkah-langkah mitigasi banjir di kawasan terjejas, contohnya naik taraf pembetung kepada saiz yang lebih besar bagi meningkatkan kapasiti aliran air.

“Pihak kementerian juga sentiasa memastikan kelulusan diperoleh sebelum sebarang aktiviti pembinaan dimulakan di kawasan sungai yang terlibat,” ujarnya.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017