Pak Lah baik dengan semua orang, tak beza Melayu, Cina, India

KEPALA BATAS – Aura kepimpinan dan cucu kepada ulama termasyur yang ada pada Tun Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan beliau sangat disenangi oleh penduduk Kepala Batas tidak apa bangsa sekali pun.

Menurut Leong Juat Gnoh, 73, anak jati yang membesar di Kepala Batas, bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai individu yang amat disegani dan menghormati semua penduduk tanpa mengira kaum serta agama.

Menurutnya, pemergian Tun Abdullah yang mesra dengan gelaran Pak Lah amat dirasai meskipun dia berbangsa Tionghua.

“Siapa tak kenal dengan Pak Lah. Semua orang tua dan muda (Kepala Batas) tahu siapa dia (yang banyak berjasa tanpa pilih kaum),” katanya kepada media, hari ini.

Bagi Mohd Fauzi Puteh, 63, Allahyarham Tun Abdullah turut dikenali sebagai ulama dalam kalangan penduduk di Kepala Batas.

“Dia (Pak Lah) ikut macam arwah tok wan dia (Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim), bapa dia (Allahyarham Datuk Ahmad Badawi) yang kita tahu mereka ulama dan dia macam itu juga.

“Bila balik sini (Kepala Batas), dia mesti melawat kawan-kawan yang mana uzur (tidak mengira kaum) kerana sifatnya yang ambil berat dengan semua penduduk,” katanya.

Bagi Ayoob Sheik Dawood, 62, kelembutan dan tutur kata sopan yang diungkapkan Allahyarham Tun Abdullah terhadap penduduk di Kepala Batas masih diingati hingga kini.

“Pak Lah bila dia cakap (dengan sesiapa sahaja) tutur katanya sangat lembut dan sopan, sebab itu penduduk (tidak kira kaum) akan ingat sampai bila-bila,” katanya.

Tun Abdullah menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas selama lapan penggal berturut-turut sejak 1978 hingga 2013.

Sepanjang khidmatnya, beliau mengubah wajah Kepala Batas daripada ‘pekan koboi’ kini menjadi bandar baharu pesat membangun, selain masih mengekalkan kampung tradisional.

Related Posts

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

PUTRAJAYA – Belanjawan 2027 harus dijadikan peluang kepada kerajaan Persekutuan beralih arah daripada pendekatan yang hanya menetapkan gaji minimum, kepada strategi lebih menyeluruh merangkumi gaji minimum, gaji progresif, gaji kehidupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

MELAKA – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 akan berlangsung pada 14 November ini, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026