Kunjungan Xi Jinping tanda mula era ’50 Tahun Emas’

PUTRAJAYA – Presiden China, Xi Jinping menyatakan harapan agar, dengan usaha bersama China dan Malaysia, lawatan negaranya ke Malaysia akan membuahkan hasil memberangsangkan serta membawa kepada permulaan era ’50 Tahun Emas’ baharu dalam hubungan dua hala, lapor Xinhua.

Dalam kenyataan bertulis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Xi berharap lawatan ini akan membuka lembaran baharu dalam sejarah hubungan bertemakan kejiranan mesra dan saling menguntungkan antara kedua-dua negara.

Xi tiba di Malaysia petang tadi untuk mengadakan lawatan negara selama tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Lawatan kali ini menandakan kunjungan rasmi kedua Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kunjungan terakhir pada 2013.

Pesawat khas membawa Presiden China itu mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA jam 6.30 petang.

Turut hadir menyambut ketibaan dan delegasinya ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Related Posts

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

KUAMUT – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada pukul 5.32 pagi, hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu,  gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

PENDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak mencampuri urusan pentadbiran Negeri Sembilan, khususnya berkaitan institusi diraja dan adat negeri itu. Anwar berkata, beliau menghormati peranan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

  • By Fandi
  • September 26, 2026
Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027