Menang RM13 juta jika berjaya reka teknologi kitar semula najis manusia

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menawarkan hadiah lumayan berjumlah AS$3 juta (RM13 juta) kepada sesiapa yang berjaya membangunkan teknologi kitar semula najis manusia di angkasa lepas.

Pertandingan dinamakan ‘LunaRecycle Challenge’ itu bertujuan mencari penyelesaian inovatif bagi mengitar semula bahan buangan manusia termasuk najis, air kencing dan muntah ketika misi angkasa berjangka panjang, termasuk penempatan kekal di bulan.

NASA memaklumkan, sebanyak 96 beg sisa buangan manusia ditinggalkan di bulan sejak misi Apollo terdahulu.

Justeru, cabaran ini dilihat penting bagi mengelakkan penambahan pencemaran angkasa serta memastikan eksplorasi angkasa dapat dilakukan secara mampan.

“NASA komited terhadap penerokaan angkasa secara lestari. Dalam persediaan menghadapi misi manusia ke angkasa, pengurusan sisa buangan termasuk sisa pepejal perlu diambil kira, bagaimana ia boleh diminimumkan, disimpan, diproses dan dikitar semula agar tidak perlu dibawa pulang ke Bumi,” menurut kenyataan di laman rasmi NASA.

Tambah agensi itu lagi, penyelesaian yang dicari bukan sahaja dapat dimanfaatkan dalam misi angkasa, malah berpotensi mengubah cara kitar semula di bumi, menerusi pendekatan baru yang lebih cekap, kurang toksik serta berskala kecil untuk digunakan di komuniti seluruh dunia.

NASA kini sedang menilai pusingan pertama penyertaan yang diterima dan cadangan terbaik akan disenarai pendek untuk ke peringkat seterusnya.

Pemenang akan membawa pulang hadiah utama berjumlah AS$3 juta (RM13 juta).

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan