PRK DUN Ayer Kuning: Saingan tiga penjuru, tiada calon Bebas

TAPAH – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon daripada tiga parti pada 26 April ini.

Ia membabitkan calon Barisan Nasional (BN) mewakili Kerajaan Perpaduan, Dr Mohamad Yusri Bakir yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, 54.

Bekas guru dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh itu akan berdepan saingan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tapah, Abd Muhaimin Malek, 44, dan Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40.

PRK kali ini menyaksikan tiada calon Bebas bertanding untuk merebut kerusi disandang Allahyarham Ishsam Shahruddin, 58, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Senarai calon bertanding itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori, pada jam 10.23 pagi selepas proses penamaan di Dewan Merdeka, di sini, ditutup pada jam 10 pagi.

Terdahulu sejurus pusat penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi, Abd Muhaimin menyerahkan borang pencalonannya pada jam 9.01 pagi, diikuti Mohamad Yusri yang mengenakan baju Melayu biru lengkap bersamping pada jam 9.06 pagi.

Bawani yang merupakan seorang peguam menarik perhatian ramai apabila hadir ke pusat penamaan bersama penyokong dengan menaiki traktor sebagai gimik pula menyerahkan borang pencalonannya pada jam 9.15 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Feb lepas.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK DUN Ayer Kuning adalah seramai 66,318 orang terdiri daripada 31,897 pengundi biasa, 582 anggota polis serta pasangan.

Daripada 31,897 pemilih berdaftar, seramai 14,527 daripadanya terdiri daripada pengundi berusia antara 18 hingga 39 tahun.

Ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu; PRK DUN Kuala Kubu Baharu; PRK Sungai Bakap; PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota, Johor.

Related Posts

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas
  • AdenAden
  • September 8, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang pernah ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Kerajaan Brisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

  • By Aden
  • September 8, 2026
PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?