RECODA, Sakura Ferroalloys perkasa usahawan pedalaman melalui insiatif COMMUNITY@SCORE

MIRI – Usaha memperkasa komuniti pedalaman terus diperhebat apabila Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dengan kerjasama Sakura Ferroalloys Sdn. Bhd. menganjurkan dua majlis penyerahan peralatan perniagaan kepada usahawan tempatan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) COMMUNITY@SCORE.

Majlis berkenaan berlangsung di dua lokasi berasingan iaitu pada 9 April di Bario dan 11 April di Long Lama, Sarawak. 

Inisiatif ini memberi tumpuan kepada peningkatan keupayaan usahawan luar bandar, terutamanya di kawasan di bawah seliaan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA).

Penerima bantuan di Bario ialah Anne Mariam Peter dari Kampung Padang Pasir dan Rosemary Sabin dari Kampung Pa Ukat. 

Manakala di Long Lama, Nyipa Braim Hoshen dari Kampung Long Sobeng serta Lekeen Eng dari Kampung Sungai Dua menerima sumbangan peralatan bagi memperkukuh operasi perniagaan masing-masing.

Program ini mencerminkan komitmen Sakura Ferroalloys sebagai salah satu pelabur di Taman Perindustrian Samalaju (SIP) dalam menyokong pertumbuhan sosioekonomi komuniti luar bandar sekali gus membantu menjana impak ekonomi yang lebih luas.

Majlis di Bario disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Gerawat Gala merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu. 

Sementara itu, majlis di Long Lama dirasmikan oleh Penghulu Desmond Yap yang mewakili ADUN Telang Usan, Datuk Dennis Ngau.

“Sumbangan sebegini walaupun kelihatan kecil tetapi besar maknanya kepada pembangunan keusahawanan di kawasan pedalaman dan memberi kesan langsung kepada ekonomi setempat,” kata beliau dalam ucapannya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil Sakura Ferroalloys, Chelsea Kennedy dan Rose Bibi Mawan selain beberapa pemimpin masyarakat dan usahawan tempatan. 

Kedua-dua acara itu disempurnakan oleh Pengarah Wilayah HDA, Juan Ubit yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datuk Ismawi Ismuni.

RECODA turut menzahirkan penghargaan kepada Sakura Ferroalloys atas komitmen mereka dalam menyokong inisiatif pembangunan komuniti yang diterajui Unit Pelaburan Swasta RECODA di bawah pimpinan Lulu Law.

Related Posts

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

KOTA KINABALU – Penganjuran The Big Sabah Car Show 2026 berpotensi menjadi antara acara pelancongan utama Sabah menjelang Tahun Melawat Sabah 2027 (Visit Sabah 2027), sekali gus merancakkan ekonomi tempatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

BENTONG – Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu