Lebih 1,000 projek pembangunan Persekutuan di Sarawak, nilai lebih RM5 bilion

KUCHING – Sarawak kini menyaksikan pelaksanaan lebih 1,000 projek pembangunan Persekutuan dengan nilai keseluruhan melebihi RM5 bilion.

Menurut Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Ahmad Nazdir Mohd Hassan, lebih separuh daripada projek tersebut sedang berjalan mengikut jadual malah ada yang mendahului jadual asal.

“Daripada lebih 1,000 projek yang dilaksanakan, lebih separuh daripadanya berjalan seperti dirancang atau lebih awal daripada jadual.

“Selebihnya sedang dipantau secara rapi oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut memaklumkan lebih 100 projek telah siap sepenuhnya setakat ini.

“Yang telah siap sepenuhnya lebih 100 projek. Saya tidak ingat jumlah tepatnya, tetapi lebih 400 lagi sedang mendahului jadual manakala selebihnya berada di peringkat pelaksanaan,” jelas beliau lagi.

Usaha ini sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan persekutuan dalam memastikan pembangunan di Sarawak berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat