Tarif AS: Jangan bermain retorik politik, rakyat perlu bersama kerajaan

PUTRAJAYA – Pemuda AMANAH mahu rakyat berhenti bermain politik dan sebaliknya bersama-sama menyokong usaha kerajaan menangani cabaran ekonomi susulan tarif baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda AMANAH, Dr Vincent Ng Rui Wei berkata, tindakan AS menaikkan cukai ke atas produk seperti komponen elektronik dan alat ganti kenderaan dari Asia akan memberi kesan besar kepada ekonomi Malaysia.

Katanya, Malaysia sebagai negara perdagangan terbuka amat bergantung kepada kestabilan pasaran global dengan nilai eksport ke AS mencecah lebih AS$52.5 bilion setahun.

“Dalam suasana ekonomi global yang masih rapuh akibat konflik geopolitik dan tekanan inflasi, tumpuan seharusnya diberikan kepada strategi bersasar, bukan retorik politik atau kritikan tidak berasas.

“Rakyat perlu bersama kerajaan dalam usaha memperkukuh diplomasi dan merangka pelan tindak balas ekonomi yang cepat dan tersusun,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Dalam pada itu, Vincent turut menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan mesyuarat khas Menteri Ekonomi ASEAN bagi mencari jalan penyelesaian serantau terhadap isu ini.

Beliau berpandangan, kerajaan juga boleh menggerakkan pusat khas NGCC (National Geoeconomic Command Centre) untuk pantau dan menangani masalah ekonomi global dengan lebih pantas.

“Selain itu, beberapa cadangan lain yang boleh kami berikan adalah seperti memperluas rundingan dagangan dengan negara lain, galakkan pelaburan dalam negara, bantu syarikat teknologi tinggi dan latih semula pekerja yang terjejas.

“Walaupun tarif AS mungkin bersifat sementara, Malaysia memerlukan strategi jangka panjang yang kukuh, berdaya saing dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kuasa besar. Malaysia tidak boleh hanya menunggu. Ini masa untuk bertindak dengan berani dan bersatu,” katanya.

Vincent merupakan seorang Exco bukan Islam yang dilantik dalam Pemuda AMANAH Nasional.

Hal itu membuktikan parti itu bersikap terbuka dan satu langkah simbolik ke arah politik yang lebih inklusif dan mencerminkan realiti masyarakat majmuk di Malaysia.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok