Parkir lori besar, tumbang pokok usaha warga asing halang operasi Imigresen – Saleha

TAWAU – Memarkir sebuah lori besar dan menumbang sebuah pokok bagi menghalang laluan antara cabaran dihadapi penguat kuasa Jabatan Imigresen Sabah dalam operasi di kawasan perkampungan setinggan di Jalan Damai Semporna, awal pagi Rabu.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, usaha warga asing menyekat pergerakan penguat kuasa itu bagaimanapun dapat diatasi dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Untuk masuk ke kawasan setinggan itu kira-kira 300 meter dan kita dapat maklumat mereka (warga asing) tahu dari majikan sehari sebelum bahawa Imigresen akan membuat operasi.

“Oleh itu, mereka mengambil tindakan untuk memarkir kenderaan berat serta menumbang sebuah pokok bagi menyekat laluan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Imigresen Tawau di sini pada Rabu.

Saleha berkata, pihaknya juga berdepan cabaran keadaan gelap gelita, kawasan berlumpur (lecak), ancaman anjing liar dan sambungan wayar elektrik yang merbahaya (aktiviti curi karan).

Operasi dijalankan pada Selasa sehingga pukul empat pagi tadi berjaya menahan 88 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) daripada 173 yang diperiksa di dua penempatan setinggan, sebuah tapak pembinaan pusat peranginan dan premis perniagaan.

Jumlah tangkapan membabitkan tangkapan warga Filipina, Indonesia, Pakistan dan China berumur tiga hingga 65 tahun iaitu 56 lelaki, 12 wanita, sembilan kanak-kanak lelaki serta 11 kanak-kanak perempuan.

“Semasa operasi dijalankan, terdapat warga asing Pakistan yang cuba bersembunyi di dalam almari pakaian, mendakwa memiliki kad pengenalan tetapi semasa pemeriksaan, mereka menyimpan salinan kad pengenalan yang di ‘laminate’ dan mengelirukan selain cuba melarikan diri dari anggota operasi.

“Terdapat juga pelancong warga Asing China yang seharusnya kembali ke negara asal berikutan pas lawatan sosial mereka telah tamat tempoh tetapi dikesan masih berada dan bekerja di tapak binaan tersebut.

Jelas Saleha, kesemua mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C), Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen Malaysia 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen iaitu melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh