Nazri dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang baharu

KUANTAN – Datuk Nazri Abu Bakar yang sebelum ini Pegawai Kewangan Negeri Pahang, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu.

Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Zulkifli Yaacob yang bersara semalam.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelantikan itu adalah satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, dedikasi dan integriti ditunjukkan Nazri ketika menjawat jawatan Pegawai Kewangan Negeri berkenaan.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Nazri Abu Bakar atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Pahang yang baharu berkuatkuasa hari ini – 8 April 2025.

“Saya percaya, dengan pengalaman dan komitmen beliau, pentadbiran kerajaan negeri akan terus berfungsi dengan cekap, berkesan dan telus demi kesejahteraan rakyat Pahang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tugas Nazri akan diambil alih oleh Datuk Fadzilla Salleh yang sebelum ini Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pahang.

Majlis angkat sumpah jawatan itu dijadualkan berlangsung di hadapan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, dekat Indera Mahkota, pagi esok.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan