KPDN Sabah gempur stesen minyak di Inanam dan Luyang

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menjalankan operasi pemeriksaan ke atas stesen minyak di kawasan Inanam dan Luyang di bawah inisiatif KITA GEMPUR.

Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin berkata hasil pemeriksaan tersebut menerusi Seksyen Penguatkuasaan, tiga kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dapat dikenal pasti.

“Dua individu tempatan ditahan untuk siasatan lanjut dan dua kenderaan yang disyaki diubahsuai disita dengan nilai anggaran RM45,752.50.

“Pemilik stesen minyak yang terlibat juga diambil tindakan atas pelanggaran akta yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Tegas Sharil, KPDN Sabah akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengelakkan ketirisan terutamanya barang kawalan bersubsidi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat.

“Akta Kawalan Bekalan 1961, individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun, atau kedua-duanya.

“Bagi syarikat, denda maksimum adalah RM2,000,000, dan bagi kesalahan kedua dan berikutnya, sehingga RM5,000,000,” tegasnya.

Jelasnya, orang ramai diseru agar menjadi mata dan telinga bagi menyalurkan maklumat yang jelas dan lengkap berhubung aktiviti penyeleweng.

  • Related Posts

    Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

    ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

    BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

    Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

    Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

    Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

    Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

    Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

    RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

    RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

    Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

    Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

    Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

    Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar