Batu runtuh: Penduduk Kg Sim-Sim bimbang keselamatan pengguna jalan raya

SANDAKAN – Penduduk Kampung (Kg) Sim-Sim menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan pengguna jalan raya di kawasan mereka selepas kejadian runtuhan bongkah batu besar di Jalan Buli Sim-Sim, bersebelahan Tokong Pau Kung, pada Khamis lalu.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10.00 pagi yang menyebabkan bongkah batu besar menghalang sepenuhnya laluan jalan raya, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Ketua Kg Sim-Sim, Abdul Halim Osman berkata, pihak berwajib perlu memantau dengan lebih teliti keadaan cerun bukit di kawasan tersebut, memandangkan insiden serupa telah berlaku sebelum ini.

“Saya harap pihak yang berkuasa dapat memantau keadaan cerun bukit ini dengan serius agar kejadian seperti ini tidak berulang kerana saya bimbang akan berlakunya kemalangan jiwa di masa akan datang.

“Saya juga menyarankan agar penduduk kampung dan pengguna jalan raya terutamanya yang datang dari luar lebih berhati-hati terutama ketika cuaca hujan.

“Sebagai Ketua Kampung, saya ingin mengingatkan penduduk kampung Sim-Sim untuk lebih berhati-hati semasa menggunakan jalan ini, lebih-lebih lagi apabila cuaca buruk,” katanya semasa ditemui wartawan The Malaysia Press di Kg Sim-Sim Jambatan 23, di sini pada Isnin.

Selain itu, seorang pesara swasta, Abdul Ajis Abdul Wahab, 62, yang juga penduduk Kg Sim-Sim, Tanjung Papat turut menyuarakan kebimbangan yang sama.

“Bongkah batu yang jatuh amat membahayakan penduduk awam dan kami tidak tahu bila masalah ini boleh berlaku sama ada pada waktu siang atau malam.

“Saya juga berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini agar tiada insiden kemalangan jiwa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, penduduk tempatan berharap agar pihak berkuasa mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berulang dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat