Selangor tanggung 6 bulan sewa rumah mangsa kebakaran paip gas

KERAJAAN Selangor membelanjakan kira-kira RM7.356 juta bagi menampung kos sewaan rumah 613 keluarga mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights minggu lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah berkenaan merangkumi sumbangan RM2,000 kepada setiap keluarga sepanjang enam bulan, anggaran tempoh untuk mangsa membaiki atau membina semula rumah.

“Kita masih tawarkan rumah Smart Sewa (Kota Warisan) dan AirBnb. Kalau mereka menginap di sini, mereka boleh gunakan sumbangan ini untuk membayar. Kita serahkan wang kepada ketua isi rumah.

“Kita anggarkan sekitar RM1,000 kadar sewa di Kampung Kuala Sungai Baru. Kita beri sumbangan RM2,000 dan saya rasa jumlah ini berpadanan dengan musibah ini. Boleh juga cari rumah lain selain dari kita tawarkan,” katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Amirudin berkata, keputusan itu dibuat selepas menilai laporan dan aduan mangsa termasuk lokasi rumah Smart Sewa yang agak jauh.

“Jadi kita putuskan lebih baik kita beri duit sewa. Kalau mereka berminat untuk di duduk di Taman Warisan, boleh duduk situ.

“Kalau mahu AirBnb sekitar sini, duduklah dan dapat dua bulan percuma, selebihnya ditanggung negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin mengumumkan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Johary Anuar untuk mengetuai fasa pemulihan termasuk keadaan dan kaedah baik pulih kawasan seperti rumah, jalan, infrastruktur dan fasiliti awam.

“Johary juga merupakan pengarah unit perancang ekonomi negeri dan akan melihat keseluruhan proses pemulihan. Kita sekarang sudah berada dalam fasa pemulihan, jadi proses itu akan meliputi kediaman yang perlu diperbaiki serta kos membaik pulih infrastruktur,” katanya.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP