Sabah ada potensi jadi kuasa ekonomi serantau

KOTA KINABALU – Sabah tidak akan tumbang hanya kerana sekatan asing, sebaliknya negeri ini mempunyai potensi luar biasa untuk muncul sebagai kuasa ekonomi serantau jika diberi ruang dan keyakinan, kata dua ahli akademik dan korporat tempatan.

Dalam kenyataan bersama pada Isnin, Ahli Korporat Perniagaan, Dr. Davina Markus Majihi dan Ahli Ekonomi & Akademik, Dr. Awang Faisal Assyif menyifatkan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif baharu bukanlah noktah kepada pertumbuhan negeri ini, sebaliknya peluang untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi Sabah.

“Sabah tidak akan goyah dengan satu sekatan asing. Ini peluang untuk menilai semula kekuatan, menyusun strategi baharu dan memanfaatkan sepenuhnya potensi yang selama ini belum digilap sepenuhnya.

“Sebagai negeri pengeluar utama petroleum mentah, LNG dan minyak sawit, Sabah berada dalam kedudukan strategik unik yang memberi kelebihan jangka panjang dalam rantau ini,” kata mereka.

Menurut mereka, inisiatif pembangunan seperti Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) membuktikan keupayaan Sabah melangkaui peranan sebagai pembekal bahan mentah semata-mata.

“Sabah mampu muncul sebagai pemain utama industri hiliran jika terus diberi kepercayaan dan pelaburan bersasar,” ujar mereka.

Mereka turut memuji kesungguhan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam memacu pelan induk Sabah Maju Jaya (SMJ) yang disifatkan sebagai asas penting kepada pertumbuhan mapan negeri ini.

“Pelan SMJ bukan sekadar dokumen dasar, ia adalah kompas hala tuju yang menyusun masa depan Sabah secara lebih terancang dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.

“Dengan tadbir urus baik dan pengurusan kewangan negeri yang berhemah, Sabah kini dilihat berada di landasan yang kukuh,” jelas mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, mereka turut mengingatkan bahawa Sabah tidak boleh bergantung kepada satu pasaran semata-mata, khususnya dalam konteks perdagangan antarabangsa yang semakin mencabar.

“Kami melihat banyak negara seperti Jepun, Korea, Emiriah Arab Bersatu dan India semakin terbuka, progresif dan mesra kepada produk dari Sabah, termasuk LNG, minyak sawit serta makanan berasaskan tumbuhan.

“Dengan keanggotaan Malaysia dalam Perjanjian Perdagangan Bebas RCEP, Sabah kini mempunyai akses lebih luas ke pasaran serantau tanpa halangan tarif AS,” kata mereka.

Menurut mereka lagi, kelebihan ini bukan hanya memberi manfaat kepada syarikat besar, malah membuka ruang lebih luas kepada pengusaha kecil untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan kos dagangan yang lebih rendah.

“Inilah realiti ekonomi baharu yang perlu dimanfaatkan. Sabah bukan sahaja mampu bertahan, tetapi juga bersaing dan melonjak lebih jauh,” tegas mereka.

Related Posts

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan hadir di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi prosiding permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kakanda Sultan Pahang mangkat

KUANTAN – Kakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 9.15 malam tadi. Pengelola Bijaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api