Lelaki panjat kren setinggi 126 meter selepas dengar bisikan

KOTA KINABALU – Seorang lelaki mencetuskan kebimbangan selepas dilaporkan berada di hujung sebuah kren menara berketinggian 126 meter di Tapak Pembinaan The Logg, Luyang, di sini, pada Isnin.

Lelaki yang juga merupakan pekerja tapak pembinaan itu mendakwa beliau memanjat kren tersebut selepas terdengar ‘bisikan’ yang menyuruhnya untuk naik ke atas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zeno Tinggalan sepasukan tujuh anggota dari BBP Penampang bersama Komander Operasi, Benny Lim digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu seawal pukul 6.57 pagi.

“Terdapat seorang lelaki berada di hujung Tower Crane di kedudukan atas bangunan di Tapak Pembinaan The Logg, Luyang bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Luyang.

“Mangsa turun dengan sendirinya dalam keadaan selamat dan seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.02 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain wujud.

Related Posts

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

DEBAK – Program KOMPAK (Komuniti Prihatin, Aktif dan Kompeten) terus menjadi platform penting dalam memperkasa pengetahuan, kemahiran dan kompetensi ketua komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa