Lelaki maut lepas mengamuk tikam wanita, remaja

KUANTAN – Seorang lelaki maut dipercayai dibelasah penduduk kampung selepas mengamuk dan menikam wanita serta remaja di FELDA Jengka 2, dekat Maran, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, anggota Balai Polis Sungai Jerik ke lokasi sejurus laporan dan mendapati lelaki berusia 57 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Terdapat kesan lebam dan kebiruan pada kedua-dua matanya serta tangan lelaki itu juga dalam keadaan terikat,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Wong berkata, mengikut keterangan saksi, lelaki terbabit sebelum itu mengamuk dan bertindak agresif ke atas wanita berumur 52 tahun dan anak saudaranya yang berusia 16 tahun.

“Wanita cedera akibat kesan tikaman pada perut sedalam tiga sentimeter (cm), kesan tikam pada tangan kanan dan kecederaan di bahagian dagu, manakala remaja lelaki cedera di paha kanan dengan kesan tikaman sedalam 2cm.

“Pegawai perubatan dari Hospital Jengka mengesahkan lelaki itu meninggal dunia, manakala mangsa wanita masih dirawat di Hospital Jengka sementara remaja mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar,” jelasnya.

Katanya, susulan kejadian itu pihaknya menahan empat lelaki bagi untuk siasatan lanjut.

“Mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk dibedah siasat. Pasukan forensik juga sudah menemui pisau digunakan dalam kejadian,” katanya.

Related Posts

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

KENINGAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM1 bilion tahun ini bagi pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan yang terus menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. Ketua Menteri Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian