Insiden gajah pygmy Borneo dipenggal: KePKAS giat siasat, pelaku diburu

KOTA KINABALU – Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Christina Liew mengeluarkan amaran tegas kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden pemenggalan gajah pygmy Borneo di Sabah.

Beliau berkata, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah sedang melancarkan siasatan segera terhadap insiden ini.

“Langkah penguatkuasaan dipertingkatkan, termasuk operasi bersepadu dan sekatan jalan raya bersama agensi keselamatan lain, sedang dilaksanakan di lokasi-lokasi utama bagi membendung aktiviti haram selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Christina menegaskan bahawa sebarang bentuk kekejaman dan pemburuan haram terhadap hidupan liar yang dilindungi di Sabah tidak akan dikompromi.

“Kami akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan pelaku dikenal pasti, didakwa sepenuhnya mengikut undang-undang, dan dibawa ke muka pengadilan.

“Kementerian amat bimbang dengan penemuan terbaharu seekor gajah pygmy Borneo yang dipenggal di Tawau kerana ini merupakan insiden kedua dalam tempoh yang singkat, menunjukkan kemungkinan wujudnya corak aktiviti pemburuan haram di negeri ini,” jelasnya.

Christina menekankan bahawa insiden terkini menyerlahkan keperluan mendesak untuk terus berwaspada dan memperkukuh kerjasama antara agensi penguat kuasa, komuniti setempat dan orang awam.

“Kami (KePKAS) menyeru semua pihak agar menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan dan terus komited dalam usaha melindungi keunikan biodiversiti Sabah,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan kebimbangan berikutan peningkatan kes seumpama ini, terutamanya sejak suku terakhir tahun 2024.

“Sehubungan itu, kami menyeru agar wujud kerjasama yang lebih erat dan tindakan bersepadu antara semua agensi penguat kuasa, pemuliharaan dan keselamatan yang berkaitan, di peringkat negeri mahupun persekutuan, bagi menangani ancaman ini secara tegas dan mengelakkan kehilangan lebih banyak spesies terancam,” tegasnya.

Jelas Christina, gajah pygmy Borneo adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar Sabah 1997, dan sebarang kesalahan terhadap spesies ini boleh dikenakan hukuman berat, termasuk denda besar dan penjara.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak